Wikisumber:Apa itu Wikisumber?

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Wikisource:What is Wikisource? and the translation is 100% complete.
Important project pages:What is Wikisource?Wikisource and WikibooksVotesCopyright policyPossible copyright violationsProposed deletionsCatalogingWikisource and Project GutenbergLanguage policyLanguage domain requestsLanguage domain requests/Rules for votingActive testsList of Wikisource Languages

العربية ~ català ~ česky ~ dansk ~ Deutsch ~ Ελληνικά ~ English ~ español ~ français ~ Gaeilge ~ galego ~ עברית ~ Hrvatski ~ հայերեն ~ italiano ~ 한국어 ~ 日本語 ~ Latina ~ Nederlands ~ polski ~ português ~ Runa Simi ~ română ~ Русский ~ suomi ~ Српски / Srpski ~ svenska ~ Türkçe ~ Volapük - 中文 - Edit

Laman ini akan cuba mendefinisikan apa itu Wikisumber, apa yang bukan, dan apa yang membezakannya daripada projek-projek Wikimedia yang lain. Penjelasan pada laman ini agak ringkas. Perbincangan lanjut atau perdebatan harus diadakan pada laman perbincangan.

Sejarah

Wikisumber (Wikisource) pada asalnya dikenali sebagai "Project Sourceberg" semasa dalam fasa perancangan (menggunakan perkataan ala-ala "Project Gutenberg").

Aktiviti projek ini bermula apabila teks sumber diterbitkan di ps.wikipedia.org. Terma "PS" digunakan untuk memberikan maksud sama ada "primary sources" (sumber utama) atau "Project Sourceberg" oleh penyumbang, yang tersalah mengambil alih sub-domain untuk Wikipedia Bahasa Pashto!

Project Sourceberg dimulakan secara rasmi apabila ia menerima pautan sementara pada 24 November 2003 (http://sources.wikipedia.org); kesemua teks dan perbincangan dipindahkan ke sana dari ps.wikipedia.org. Undian telah dijalankan untuk menukar nama projek kepada Wikisource pada 6 Disember 2003. Walaupun nama bertukar, projek belum lagi berpindah ke domain kekal (di http://wikisource.org) sehinggalah 23 Julai 2004.

Dalam masa dua minggu selepas projek dimulakan secara rasmi (di sources.wikipedia.org), lebih 1000 laman telah dicipta, dengan kira-kira 200 daripadanya ditandakan sebagai rencana sebenar. Bermula tahun 2004, laman itu memiliki 100 pengguna berdaftar. Awal Julai 2004, bilangan rencana telah melebihi 2400, dan lebih 500 pengguna telah mendaftar.

Satu undian yang telah berakhir pada 12 Mei 2005 menyokong penggunaan sub-domain untuk bahasa berlainan di Wikisource, membolehkan teks dari setiap bahasa dihoskan dalam wiki mereka sendiri. Sub-domain untuk bahasa-bahasa ini telah disiapkan pada Jun 2005. Pada 18 Mei, sejurus selepas undian ditutup, Wikisource mencecah 20,000 rencana.

Lihat juga:

Bahasa dan terjemahan

Wikisumber ialah projek berbilang bahasa. Teks dan terjemahan untuk teks berkenaan adalah dialu-alukan dalam semua bahasa yang tidak memiliki sub-domain sendiri.

Adalah penting untuk memautkan dan mengklasifikasikan teks dan terjemahan supaya ianya boleh diakses kepada umum.

Untuk maklumat mengenai bahasa dan terjemahan, sila lihat:

Untuk maklumat mengenai penciptaan sub-domain (xx.wikisource.org) dalam bahasa anda, sila lihat:

Apa yang kami masukkan?

Beberapa perkara yang kami masukkan adalah:

  1. Sumber teks sebelumnya yang diterbitkan oleh mana-mana pengarang
  2. Penterjemahan teks asal
  3. Dokumen sejarah yang mempunyai kepentingan nasional atau antarabangsa
  4. Bibliografi pengarang yang memiliki kerja-kerja di dalam Wikisumber

Tentu sahaja, sumbangan adalah tidak terhad kepada senarai ini.

Apa yang kami kecualikan?

Kriteria asas teks yang dikecualikan dari Wikisumber adalah:

  1. Pelanggaran hak cipta
  2. Penulisan asal oleh penyumbang projek

Ini merupakan perkara paling asas dan jelas yang dikecualikan dari Wikisumber. Sudah tentu terdapat perkara lain yang dikecualikan atas dasar polisi atau kelaziman.

Wikisumber dan projek Wikimedia lain

Wikisumber or Wikibuku?

Perbezaan ketara antara kedua-dua projek ini mudah sahaja.

  • Wikisumber memfokuskan kepada bahan yang diterbitkan di mana-mana. Wikisumber boleh dilihat sebagai perpustakaan yang mengumpulkan bahan bersumberkan terbuka.
  • Wikibuku ialah bahan pengajaran ditulis oleh penyumbang itu sendiri (contoh panduan pembelajaran, buku teks kelas dan teks beranotasi).

Lihat Wikisumber dan Wikibuku untuk maklumat lanjut.

Wikisumber atau Wikipedia?

Sementara Wikipedia ialah ensiklopedia, Wikisumber ialah perpustakaan. Wikipedia mengandungi rencana tentang buku, manakala Wikisumber pula mengandungi buku itu sendiri. Pada satu-satu masa kedua-dua mungkin mengandungi bahan tentang penulis itu.

Melindungi laman

Laman wiki di kebanyakkan projek Wikimedia direka untuk berkembang selamanya. Contoh biasa ialah rencana Wikipedia atau panduan pembelajaran Wikibuku.

Sebaliknya, Wikisumber ialah perpustakaan untuk teks statik yang telah diterbitkan di tempat lain. Dalam kebanyakkan kes, teks itu tidak sepatutnya berubah dan berkembang, dan itu akan merosakkan integritinya jika dilakukan! Oleh itu, terdapat cadangan dalam polisi Wikisumber untuk "melindungi" laman daripada disunting (selepas membetulkan format dan bebas ralat). Komen tentang perubahan atau pembetulan sentiasa boleh dilontarkan di laman perbincangan.

Dengan cara ini, Wikisumber lebih mirip kepada Wikiberita, yang "melindungi" laman dalam arkib berita untuk memelihara integriti sejarahnya.

NPOV

Neutral Point of View (sudut pandangan berkecuali) ialah peraturan polisi utama yang dikenakan kepada semua projek di bawah keluarga Wikimedia. Tidak perlu menggunakan teks asal bagi menggambarkan NPOV. Selagi kita menerbitkan semula bahan dengan tepat, dan memberikan kredit kepada sumber asal, kita tidak akan melanggar NPOV. Walau bagaimanapun, meletakkan penekanan terhadap sesuatu bahagian, atau menerbitkan semula sesetengah bahagian dalam teks boleh dilihat sebagai memberikan pandangan dari sudut tertentu.

Pengenalan dan penjelasan bahan lain seharusnya ditulis dengan unsur NPOV diketengahkan.

Hak cipta

Peraturan hak cipta terpakai kepada Wikisumber, sama seperti mana-mana projek Wikimedia yang lain, jadi ianya mesti diambil perhatian.

Untuk urusan yang lebih terperinci mengenai hak cipta, sila lihat: