Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/69

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
69
Univeristi dan Kolej Universiti


(2) Subseksyen 48(3), (4), (5), (6), (7), (8), (11), (12) dan (13) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi MPP.


50. (Dipotong oleh Akta A295).


Perbuatan yang melampaui had kuasa Perlembagaan MPP atau sesuatu badan pelajar


51. (1) Jika Kesatuan atau MPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 49 menjalankan urusannya secara yang, pada pendapat Lembaga, boleh merosakkan atau memudaratkan kesentosaan atau nama baik Universiti atau melakukan perbuatan yang bersalahan dengan Perlembagaan Universiti atau Perlembagaannya sendiri, atau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan Universiti, Lembaga boleh menggantung atau membubarkan Kesatuan atau MPP atau badan pelajar tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan dengan tidak menyentuh apa-apa tanggungan yang mungkin berbangkit di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa, tiap-tiap pemegang jawatan dalam Kesatuan atau MPP atau badan pelajar tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dibuang daripada Universiti atau dikenakan apa-apa hukuman tatatertib.

(2) Subseksyen (1) adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa seksyen 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.


Kuasa untuk mewakilkan


52. (1) Jika menurut peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan, seseorang pegawai atau sesuatu pihak berkuasa diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, pegawai atau pihak berkuasa itu boleh dengan surat cara bertulis dan tertakluk kepada seksyen ini dan kepada apa-apa syarat dan sekatan yang ditetapkan dalam surat cara itu, mewakilkan kuasa atau kewajipan itu supaya dijalankan oleh mana-mana pihak berkuasa atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam surat cara itu mengikut nama atau jawatannya.

(2) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh pegawai atau pihak berkuasa yang membuat pewakilan itu.

(3) Tiada apa-apa pewakilan kuasa atau pewakilan kewajipan di bawah seksyen ini boleh menyentuh hak pegawai atau pihak berkuasa yang membuat pewakilan itu untuk menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat atau meluluskan Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan.