Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/70

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
70
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


Pelucutan ijazah, dsb., atas alasan salah aku


53. (1) Jika Lembaga berpendapat bahawa mana-mana mahasiswa Universiti atau mana-mana orang yang telah menerima sesuatu ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain daripada Universiti bersalah atas perbuatan skandal, maka adalah sah bagi Canselor, dengan sokongan tidak kurang daripada dua pertiga daripada semua ahli Lembaga, selepas memberikan peluang untuk didengar kepada mahasiswa itu atau orang yang berkenaan, untuk melucutkan apa-apa ijazah, diploma, sijil atau kepujian akedemik lain yang diberikan kepadanya oleh Universiti.

(2) Perbuatan skandal dalam subseksyen (1) ertinya dengan sengaja memberi mana-mana pegawai, pekerja atau Pihak Berkuasa Universiti apa-apa maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material untuk mendapatkan ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain daripada Universiti itu.


Pertikaian mengenai pemilihan diputuskan oleh Menteri


54. Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang telah dipilih, dilantik, dicalonkan, atau dipilih masuk menjadi ahli dengan sempurnanya atau pun berhak menjadi atau terus menjadi ahli bagi mana-mana Pihak Berkuasa atau badan Universiti lain soal itu hendaklah dirujukkan kepada Menteri dan keputusannya adalah muktamad.


55. (Dipotong oleh Akta A80).


CATATAN


[Jadual ini telah diubahsuaikan untuk dipakai kepada Universiti yang berikut:

1. Universiti Kebangsaan Malaysia lihat P.U.(A)445/2010 dan 446/2010;

2. Universiti Teknologi Malaysia lihat P.U.(A)449/2010 dan 450/2010;

3. Universiti Putra Malaysia lihat P.U.(A)447/2010 dan 448/2010;

4. University Malaya lihat P.U.(A)443/2010 dan 444/2010;

5. Universiti Sains Malaysia lihat P.U.(A)220/2011 dan 222/2011;

6. Universiti Utara Malaysia lihat P.U.(A)348/1986;

7. Universiti Malaysia Sabah lihat P.U.(A)459/2010 dan 460/2010;

8. Universiti Malaysia Sarawak lihat P.U.(A)457/2010 dan 458/2010;

9. Universiti Pendidikan Sultan Idris lihat P.U.(A)451/2010 dan 452/2010;