Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/68

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
68
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


baucar dikemukakan oleh MPP kepada Naib Canselor dan diluluskan oleh Naib Canselor.

(12) Bendahari hendaklah menyimpan akaun MPP dengan sepatutnya dan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhir tiap-tiap tahun kewangan, iaitu suatu tahun kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, suatu salinan akaun tersebut yang diaudit oleh seorang yang dilantik oleh Lembaga hendaklah dikemukakan oleh MPP kepada Lembaga untuk diluluskan.

(13) MPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan adalah menjadi kewajipan Setiausaha menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat MPP dan minit itu hendaklah disahkan di suatu mesyuarat yang berikutnya.

(14) (a) Bagi maksud seksyen ini—

“pelajar berdaftar” ertinya seseorang pelajar yang mengikuti kursus pengajian di Universiti untuk suatu ijazah atau diploma termasuk diploma lepas ijazah, tetapi tidak termasuk seorang pelajar luar; “pelajar luar” ertinya seseorang pelajar berdaftar di Kampus di luar Malaysia atau seseorang pelajar yang mengikuti suatu program jangka pendek, sambilan, pembelajaran jarak jauh, program pertukaran atau bersekutu, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
(b) Seorang pelajar berdaftar hendaklah terhenti menjadi pelajar berdaftar di bawah seksyen ini—
(i) apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau
(ii) apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagi kursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehingga dia, kemudiannya, didaftarkan sekali lagi bagi kursus pengajian itu atau kursus pengajian lain yang berkenaan dengan seseorang pelajar berdaftar di bawah subseksyen ini.


Penubuhan badan pelajar lain


49. (1) Walau apa pun seksyen 48 sah di sisi undang-undang bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar Universiti dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Naib Canselor dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, menubuhkan suatu badan pelajar yang terdiri daripada pelajar Universiti bagi memajukan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalam Universiti.