Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/67

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
67
Univeristi dan Kolej Universiti


(5) Keputusan MPP hendaklah diambil mengikut undi terbanyak dengan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli hadir dan mengundi.

(6) MPP boleh membentuk dari semasa ke semasa, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis daripada Naib Canselor, jawatankuasa ad hoc dari antara ahlinya bagi maksud atau tujuan tertentu.

(7) Tiada seseorang pelajar yang keputusan prosiding tatatertib terhadapnya masih ditunggu, atau yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau terus lagi menjadi seorang ahli MPP atau seorang pemegang jawatan bagi mana-mana badan atau jawatankuasa pelajar, melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.

(8) Seseorang pelajar yang belum lagi masuk peperiksaannya yang pertama di Universiti bagi kursus pengajiannya atau yang telah gagal atau yang tidak masuk peperiksaan yang baru lalu yang diadakan oleh Universiti bagi kursus pengajiannya sebelum sahaja sesuatu pemilihan atau pemilihan yang dicadangkan bagi MPP atau oleh MPP atau bagi atau oleh mana-mana pertubuhan atau badan pelajar yang lain adalah hilang kelayakan untuk dipilih dalam pemilihan atau pemilihan itu.

(9) (Dipotong oleh Akta A1342).

(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:

(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(11) Kesatuan atau MPP tidak boleh menyenggarakan apa-apa kumpulan wang atau membuat apa-apa pemungutan wang atau harta dari apa-apa jua punca pun, tetapi apa-apa belanja yang berpatutan yang boleh dilakukan oleh MPP dengan terlebih dahulu dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor boleh dibayar oleh Universiti jika tuntutan bertulis yang berpatutan yang disokong dengan resit dan