Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/64

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
64
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


secara khusus dalam apa-apa hal tertentu atau secara am bagi semua kontrak di bawah suatu nilai tertentu atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberikuasaan itu.


42. (Dipotong oleh Akta A946).


Audit


43. (1) Akaun Universiti hendaklah diaudit setiap tahun oleh juruaudit yang dilantik oleh Lembaga.

(2) Akaun yang diaudit, serta apa-apa pendapat yang dibuat mengenainya oleh juruaudit, hendaklah dibentangkan kepada Menteri.


BAHAGIAN VI

PERUNTUKAN AM


Konvokesyen


44. (1) Konvokesyen untuk menyampaikan ijazah hendaklah diadakan setiap tahun, atau seberapa kerap mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor.

(2) Jika Canselor tidak hadir atau jika Pro-Canselor yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Canselor tidak hadir Naib Canselor hendaklah menjadi pengerusi Konvokesyen.

(3) (Dipotong oleh Akta A946).


Pelantikan guru dan pekerja


45. (1) Semua orang yang diambil atau akan diambil kerja oleh Universiti sebagai guru, Pendaftar, Bursar atau Pegawai Perpustakaan, hendaklah dilantik sebagai yang demikian oleh Lembaga mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih.

(2) Semua orang yang diambil atau akan diambil kerja oleh Universiti kecuali orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada mana-mana Kaedah atau Statut, dilantik oleh Lembaga.

(3) Tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan syarat yang akan ditetapkan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai termasuk peruntukan—

(a) berhubung dengan kewajipan mengajar, memeriksa, menyelia dan kewajipan lain yang seumpamanya, bahawa kerjanya adalah tertakluk