Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/63

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
63
Univeristi dan Kolej Universiti


(a) wang yang didepositkan dengan Universiti oleh mana-mana orang jika, menurut syarat deposit itu, mana-mana wang itu telah genap masanya untuk dibayar balik;
(b) wang yang dipungut dan dikreditkan kepada Kumpulan Wang Universiti dengan silap;
(c) wang yang kena dibayar oleh Universiti menurut apa-apa penghakiman atau perintah mahkamah;
(d) wang yang dibelanjakan oleh Universiti bagi membawa atau membela prosiding di sisi undang-undang; dan
(e) perbelanjaan yang berbangkit daripada apa-apa harta atau wang yang disebut dalam seksyen 39.


Bentuk Anggaran


38. Anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah disediakan mengikut bentuk dan hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga, dan hendaklah menunjukkan dalam bahagian yang berasingan perbelanjaan berulang tahunan dan perbelanjaan modal Universiti.


Kuasa Lembaga untuk mendapatkan dana, menerima hadiah, dsb.


39. (1) Lembaga boleh bagi pihak Universiti mendapatkan dana bagi aktiviti akademik dan penyelidikan Universiti dan menerima sebagai pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, subsidi, legasi atau selainnya, harta atau wang bagi membantu kewangan Universiti atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan olehnya.

(2) Daftar hendaklah disenggarakan mengenai segala derma yang diberikan kepada Universiti termasuk nama penderma kepada Universiti dan apa-apa syarat khas mengenai sesuatu derma yang diberikan.


Harta yang diberikan bagi maksud tertentu hendaklah diakaunkan secara berasingan


40. Segala harta atau wang yang diberikan bagi sesuatu maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud harta atau wang itu telah diberikan dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.


Bentuk kontrak


41. Apa-apa kontrak yang melibatkan perbelanjaan Universiti hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani bagi pihak Universiti oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa sewajarnya oleh Lembaga, sama ada