Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/62

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
62
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia



(3) Penyata tahunan atau ringkasan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disediakan mengikut bentuk dan mengandungi maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.


Anggaran tahunan


35. (1) Lembaga hendaklah, tidak kurang daripada empat bulan sebelum berakhir tahun kewangan, meluluskan anggaran hasil dan perbelanjaan yang lengkap bagi Universiti bagi tahun kewangan yang berikutnya dan mengemukakan anggaran itu, bersama dengan ulasan Lembaga mengenainya, kepada Menteri.

(2) Sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat Lembaga bagi maksud meluluskan anggaran itu, Jawatankuasa Tetap Kewangan hendaklah menyediakan draf anggaran untuk dikemukakan kepada Lembaga, dan satu salinan anggaran itu hendaklah diserahkan kepada setiap seorang ahli Lembaga tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.

(3) Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (1), Lembaga boleh, menurut budi bicaranya, meluluskan, mengubahsuaikan atau menolak kesemua atau mana-mana butiran yang terdapat dalam draf anggaran itu atau merujukkan kembali manamana butiran itu kepada Jawatankuasa Tetap Kewangan untuk pertimbangannya atau menambah apa-apa butiran dalam draf anggaran itu.


Anggaran tambahan


36. Jika peruntukan kewangan tambahan dikehendaki dalam sesuatu tahun, Lembaga boleh dari semasa ke semasa meluluskan anggaran tambahan bagi maksud menunjukkan punca yang darinya sesuatu perbelanjaan tambahan yang dilakukan olehnya boleh dibayar.


Tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan melainkan termasuk dalam Anggaran


37. (1) Lembaga tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan yang tidak termasuk dalam sesuatu anggaran yang diluluskan:

Dengan syarat bahawa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini Lembaga boleh memindahkan segala atau mana-mana bahagian wang yang diuntukkan—

(a) bagi satu butiran perbelanjaan berulang tahunan kepada satu butiran perbelanjaan berulang tahunan yang lain;
(b) bagi satu butiran perbelanjaan modal kepada satu butiran perbelanjaan modal yang lain.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—