Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/61

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
61
Univeristi dan Kolej Universiti


(a) sesuatu Kaedah atau Peraturan yang mengandungi hanya arahan kepada pemeriksa atau penyelia peperiksaan; atau
(b) sesuatu Kaedah atau Peraturan yang, menurut ketetapan Lembaga, tidak akan disiarkan.


Perlembagaan, pertelingkahan antara Statut, dsb.


31. Jika sekiranya—

(a) sesuatu Statut berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini; atau
(b) sesuatu Kaedah berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini atau sesuatu Statut; atau
(c) sesuatu Peraturan berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini atau sesuatu Statut atau Kaedah,


peruntukan Perlembagaan, Statut atau Kaedah-Kaedah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai, dan Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah terbatal setakat yang berlawanan itu.


BAHAGIAN V

PERUNTUKAN KEWANGAN


Jawatankuasa Tetap Kewangan


32. Lembaga hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Tetap Kewangan bagi mengatur dan mengawal kewangan Universiti.


Menyediakan anggaran


33. Adalah menjadi kewajipan mana-mana pegawai atau pegawai Universiti sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut untuk menyediakan, bagi pertimbangan Naib Canselor, anggaran pendapatan dan perbelanjaan Universiti bagi tiap-tiap satu tahun kewangan.


Tahun kewangan


34. (1) Bagi maksud Bahagian ini tahun kewangan ialah satu tahun kalendar, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

(2) Akaun Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, diimbangkan bagi tahun kewangan yang lalu dan suatu penyata tahunan atau ringkasannya hendaklah disediakan.