Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/65

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
65
Univeristi dan Kolej Universiti


kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada peruntukan semua Statut, Kaedah dan Peraturan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa; dan
(b) berhubung dengan semua syarat perkhidmatan yang lain, bahawa kerjanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada peruntukan semua Statut, Kaedah dan Peraturan yang berkuat kuasa pada tarikh dia mula bekerja.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melarang Lembaga membuat apa-apa kontrak khas dengan seseorang yang hendak diambil kerja sedemikian oleh Universiti jika Lembaga berpendapat suai manfaat berbuat demikian.


Profesor Diraja


46. (1) Walau apa pun seksyen 20 dan 45, Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan Canselor, dari semasa ke semasa melantik orang yang mempunyai kepujian akademik yang luar biasa sebagai professor Universiti:

Dengan syarat bahawa bilangan orang yang dilantik sedemikian tidak boleh pada bila-bila masa lebih daripada tiga orang.

(2) Sesiapa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dikenali sebagai Profesor Diraja dan—

(a) hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Canselor dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong; dan
(b) tertakluk kepada syarat pelantikannya dan kepada apa-apa arahan oleh Canselor, hendaklah mempunyai segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang diberikan atau yang ditanggungkan ke atas profesor oleh Perlembagaan ini dan mana-mana Statut, Kaedah dan Peraturan yang dibuat di bawahnya.


Semua pelantikan hendaklah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan apa-apa perundangan subsidiari di bawahnya


46A. Walau apa pun seksyen 45 dan 46 atau peruntukan lain Perlembagaan ini, tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti, termasuk profesor yang dilantik di bawah seksyen 46, hendaklah memegang jawatan tertakluk kepada peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya dan terma dan syarat pengambilan kerja atau pelantikan mereka hendaklah disifatkan sebagai termasuk peruntukan yang bermaksud demikian itu.