Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/52

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
52
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(e) untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau hendak dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(f) untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke dalam mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(g) untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan peperiksaan dan menentukan rayuan;
(h) untuk menggubal dasar bagi melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan profesional; dan
(i) untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Perlembagaan ini.

(3) Dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya, Senat boleh mewakilkan mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya kepada ahlinya atau sesuatu jawatankuasa yang terdiri daripada ahlinya.

(4) Senat hendaklah mempertimbangkan apa-apa perkara yang dihantar kepadanya oleh Lembaga di bawah subseksyen 16(3).

(5) Apa-apa pertikaian antara Senat dengan Lembaga mengenai ruang lingkup dan takat fungsi atau kuasa mereka boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada Menteri mengikut seksyen 24A.


Jawatankuasa Pengurusan Universiti


17A. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang hendaklah terdiri daripada—

(a) Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;
(b) semua Timbalan Naib Canselor;
(c) Pendaftar;
(d) Bursar;
(e) Penasihat Undang-Undang; dan
(f) mana-mana pegawai lain Universiti yang dilantik oleh Naib Canselor.

(2) Jawatankuasa Pengurusan Universiti hendaklah menasihati Naib Canselor berhubung dengan fungsi pentadbiran dan pengurusannya.