Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/51

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
51
Universiti dan Kolej Universiti


(c) semua Dekan Fakulti dan semua ketua Kampus, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut Universiti;
(d) tidak lebih daripada dua puluh orang profesor yang dipilih bagi tempoh tiga tahun oleh semua profesor sepenuh masa dan profesor madya Universiti; dan
(e) tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang hendaklah diko-opt oleh Naib Canselor selama tiga tahun.

(1A) Senat boleh dari semasa ke semasa mengundang mana-mana orang, termasuk mana-mana pelajar, untuk menghadiri mesyuarat Senat.

(1B) Dalam masa ketidakhadiran Naib Canselor, seorang Timbalan Naib Canselor hendaklah mempengerusikan mesyuarat Senat.

(1C) Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang hendaklah menjadi ahli ex-officio tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat Senat.

(2) Senat adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan, dan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.

(2A) Sebagai tambahan kepada fungsi dan kuasa di bawah subseksyen 4(3) dan subseksyen (2), Senat hendaklah melaksanakan fungsi yang berikut dan menjalankan kuasa yang berikut:

(a) untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut, dan jabatan, unit atau badan di bawah Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut itu;
(b) dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan, atau yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang;
(c) untuk membentuk dasar dan kaedah pengajaran, pelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan yang dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(d) untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;