Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/50

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
50
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(4) Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(5) Pelantikan mana-mana ahli sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga, dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.

(6) Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga.

(7) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keahlian sesuatu jawatankuasa.

(8) Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.

(9) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.

(10) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a) minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b) salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga secepat yang dapat dilaksanakan.

(11) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(12) Ahli sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.

(13) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.


Senat


17. (1) Senat hendaklah terdiri daripada—

(a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) semua Timbalan Naib Canselor;