Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/45

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
45
Universiti dan Kolej Universiti


(4) Seseorang layak dilantik semula bagi jawatan Canselor.


Pro-Canselor


8. (1) Canselor boleh melantik, atas nasihat Menteri, orang yang difikirkannya patut sebagai Pro-Canselor.

(2) Jika oleh sesuatu sebab Canselor tidak berupaya menjalankan mana-mana daripada fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan, dia boleh membenarkan mana-mana Pro-Canselor menjalankan fungsi itu bagi pihaknya.

(3) Tiap-tiap Pro-Canselor hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang diperkenankan oleh Canselor.


Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor


9. (1) Maka hendaklah ada seorang Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas nasihat jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan selepas berunding dengan Lembaga.

(1A) Naib Canselor hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga dan Senat.

(2) (Dipotong oleh Akta A295).

(3) Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan fungsi pentadbiran, akademik dan pengurusan dan hal ehwal hari ke hari Universiti.

(4) (Dipotong oleh Akta A1342).

(5) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Naib Canselor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas semua peraturan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini dan mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan.

(6) (Dipotong oleh Akta A295).

(7) Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan bagi Naib Canselor hendaklah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan Universiti hendaklah terikat dengannya.

(8) Hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang Timbalan Naib Canselor; Timbalan Naib Canselor atau Timbalan-Timbalan Naib Canselor, mengikut manamana berkenaan, hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, dan mana-mana orang yang layak dan patut boleh dilantik sedemikian