Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/35

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
35
Universiti dan Kolej Universiti


(b) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang difikirkaan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini.


Universiti yang sedia ada


25. (1) Universiti Malaya yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Malaya 1961 [Akta 682] hendaklah disifatkan sebagai suatu Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini.

(2) Akta Universiti Malaya 1961, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, hendaklah terus berkuat kuasa bagi maksud Universiti itu.


Pengecualian


26. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta

(a) mengecualikan mana-mana Universiti atau Kolej Universiti daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau Jadual Pertama dan Kedua; atau
(b) mengubah mana-mana peruntukan Jadual Pertama dan Kedua dalam pemakaiannya bagi mana-mana Universiti atau Kolej Universiti.


Pemansuhan


27. Ordinan No. 74 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1971 adalah dengan ini dimansuhkan.