Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/34

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
34
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(d) Timbalan Naib Canselor;
(e) Senat;
(f) ahli Senat;
(g) pegawai atau pekerja Universiti; dan
(h) seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak mana-mana badan atau orang di bawah perenggan (a) hingga (g),


bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati pada menunaikan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan semunasabahnya mempercayai bahawa tindakan itu adalah perlu bagi maksud yang diniatkan hendak dicapai melaluinya.


Pekhidmat awam


24D. Semua ahli Lembaga dan Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pegawai dan pekerja Universiti semasa menunaikan fungsi mereka sebagai ahli, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pegawai dan pekerja sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].


Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan


24E. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a) untuk menetapkan bentuk yang dalamnya suatu daftar hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini, catatan yang hendaklah dibuat dalamnya, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar itu dan pembekalan salinan cabutan itu dan fi yang hendaklah dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu masing-masing;