Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/33

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
33
Universiti dan Kolej Universiti


lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Penyampaian


24A. (1) Penyampaian apa-apa notis di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan melalui pos berdaftar kepada orang yang terjejas olehnya dan hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis itu sepatutnya terserah mengikut perjalanan biasa pos.

(2) Jika seseorang yang kepadanya dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu hakikat tentang adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, tetapi orang itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia dimaklumkan sedemikian.


Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948


24B. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Universiti, Lembaga, Senat, mana-mana ahli Lembaga atau Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pegawai atau pekerja Universiti berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.


Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati


24C. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a) Lembaga;
(b) ahli Lembaga;
(c) Naib Canselor;