Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/32

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
32
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(2) Pangkalan data yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dijadikan boleh diakses oleh Menteri sebagaimana yang dikehendakinya.


BAHAGIAN V

AM


Kesalahan menubuhkan Universiti atau Kolej Universiti


23. (1) Tiada sesiapa jua boleh menubuhkan, membentuk atau memajukan atau membuat apa-apa perkara atau menjalankan apaapa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk atau memajukan penubuhan atau pembentukan sesuatu Universiti atau Kolej Universiti melainkan mengikut peruntukan Akta ini atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

(2) Sesiapa yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


Larangan tertentu terhadap “Universiti” atau “Kolej Universiti”


24. (1) Tiada sesiapa jua boleh menubuhkan, mengurus atau menyelenggara sesuatu institusi pelajaran tinggi bertaraf “Universiti” atau “Kolej Universiti” melainkan jika ia adalah suatu institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan mengikut peruntukan Akta ini atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

(2) Tiada sesuatu institusi pelajaran tinggi atau sesiapa jua boleh mengeluarkan atau memberikan kepada sesiapa apa-apa ijazah atau diploma yang berupa sebagai ijazah atau diploma yang dikeluarkan atau diberikan oleh sesuatu Universiti atau Kolej Universiti melainkan jika pengeluaran atau pemberian itu mengikut peruntukan Akta ini atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

(3) Sesiapa yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi