Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/36

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
36
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 8]

PERLEMBAGAAN


Nama


1. Perlembagaan ini bolehlah dinamakan Perlembagaan Universiti ...............................................................


Tafsiran


2. (1) Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Alumni Universiti” ertinya Alumni Universiti yang ditubuhkan mengikut seksyen 22;

“Pihak Berkuasa” ertinya mana-mana Pihak Berkuasa Universiti yang disebut dalam seksyen 12, dan termasuk mana-mana Pihak Berkuasa yang ditubuhkan menurut Statut;

“Kerusi” ertinya jawatan profesor, bagaimana jua pun digelar;

“Konvokesyen” ertinya Konvokesyen yang diadakan mengikut seksyen 44;

“Hari Penubuhan” ertinya tarikh mula berkuat kuasa Perintah Perbadanan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 6 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;

“Persatuan Siswazah” ertinya Persatuan yang ditubuhkan mengikut seksyen 22;

“Pegawai” ertinya Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, ketua Kampus Cawangan, Dekan Fakulti, Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, atau pemegang apaapa jawatan yang diwujudkan oleh Statut atau selainnya;

“Peraturan-Peraturan”, “Kaedah-Kaedah” dan “Statut” ertinya apa-apa Peraturan, Kaedah dan Statut yang dibuat mengikut Perlembagaan ini;

“Guru” ertinya seseorang yang dilantik menjadi guru oleh Lembaga mengikut Perlembagaan ini, dan termasuklah profesor kanan, profesor, profesor madya, felow, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, pensyarah, penolong pensyarah, guru bahasa dan matrikulasi, dan tutor;

“Universiti” ertinya Universiti ...............................................................