Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/25

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
25
Universiti dan Kolej Universiti


(5) Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh seseorang pelajar di bawah subseksyen (4).

(6) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar hendaklah terdiri daripada tiga orang ahli yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, dua orang daripadanya hendaklah daripada kalangan ahlinya dan seorang lagi daripada Universiti.

(7) Lembaga hendaklah melantik mana-mana ahlinya yang disebut dalam subseksyen (5) untuk menjadi pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.

(8) Tiada seorang pun yang telah menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh menjadi ahli Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.

(9) (Dipotong oleh Akta A1433).

(10) Seseorang pelajar Universiti yang mengemukakan rayuan di bawah subseksyen (4) hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis dalam mana-mana prosiding di hadapan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.

(11) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang mendengar suatu rayuan di bawah subseksyen (5) hendaklah memutuskan rayuan itu dalam masa enam puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan.

(12) Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar mengenai sesuatu rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusannya.


Kaedah-kaedah tatatertib


16C. (1) Lembaga mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib bagi pelajar Universiti; kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah subseksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.