Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/24

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
24
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(2) Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertib di bawah subseksyen (1) mempunyai kuasa untuk mengambil apaapa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah tatatertib yang mungkin dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 16C.

(3) Naib Canselor boleh mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana Timbalan Naib Canselor, pekerja Universiti, atau jawatankuasa pekerja Universiti, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu atau mana-mana golongan atau kategori pelajar Universiti.

(3A) Naib Canselor, atau Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau kewajipan di bawah subseksyen (3), hendaklah memaklumkan pelajar itu secara bertulis alasan bagi tindakan tatatertib yang dicadangkan diambil terhadapnya dan hendaklah memberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.

(3B) Seseorang pelajar Universiti hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja atau pelajar lain Universiti itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

(3C) Seseorang pelajar Universiti hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis atau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

(3D) Keputusan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar Universiti hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.

(4) Mana-mana pelajar Universiti yang tidak berpuas hati dengan keputusan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah subseksyen (3D) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (5).