Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/23

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
23
Universiti dan Kolej Universiti


bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, berkeputusan dengan pelepasannya atau sekatan yang dikenakan ke atasnya dibatalkan, pelajar itu hendaklah dibenarkan untuk menyambung semula pengajiannya di Universiti itu dan tempoh tahanan dan sekatan yang dia tertakluk kepadanya tidak boleh diambil kira dalam mengira tempoh maksimum yang dibenarkan untuk menyempurnakan kursus pengajian dan dalam pengiraan keputusannya.


Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar


16. (1) Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, atau kepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana daripada pelajar atau pekerja Universiti, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana undangundang bertulis, Naib Canselor boleh, selepas memberikan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis, menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.

(2) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang terkilan dengan penggantungan atau pembubaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan notis penggantungan atau pembubaran itu, merayu secara bertulis kepada Menteri.


16A. (Dipotong oleh Akta A1342).


Pihak berkuasa tatatertib mengenai pelajar Universiti


16B. (1) Pihak berkuasa tatatertib Universiti berkenaan dengan tiaptiap pelajar Universiti ialah Naib Canselor.