Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/26

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
26
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(2) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi penggantungan seseorang pelajar Universiti semasa prosiding tatatertib belum selesai.

(3) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan pelajar daripada Universiti.

(4) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib dan prosiding rayuan tatatertib.

(5) Kekhususan perkara yang disebut dalam subseksyen (2), (3) dan (4) adalah tanpa menyentuh keluasan kuasa Lembaga di bawah subseksyen (1).


16D. (Dipotong oleh Akta A1342).


Perlembagaan hendaklah mengadakan perlindungan faedah di bawah skim kumpulan wang simpanan


17. Perlembagaan boleh menubuhkan suatu skim kumpulan wang simpanan bagi pekerjanya dan peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu skim simpanan itu—

(a) tiada apa-apa insurans atas nyawa seseorang pencarum di bawah sesuatu skim simpanan dan juga tiada apa-apa wang atau faedah lain yang diterima di bawah insurans itu atau dengan apa-apa cara lain di bawah sesuatu skim itu boleh diambil untuk menjelaskan apa-apa jua hutang atau tuntutan terhadap pencarum atau hartanya, ataupun digarnis, ditahan, diasingkan atau dilevi bagi maksud demikian itu melainkan jika Universiti, menurut budi bicaranya, telah menyerahhakkan insurans, wang atau faedah lain kepada pencarum itu untuk kegunaan dan faedah mutlaknya atau, jika sekiranya pencarum itu mati, kepada wakil dirinya di sisi undang-undang;