Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/20

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
20
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


ditetapkan oleh Lembaga di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(5) Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti di dalam Kampus.


Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang


15A. (1) Tiada seseorang pelajar Universiti, atau sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, boleh, di dalam atau di luar Kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut atau cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan atau secara bertulis atau selainnya atau cuba membuat sesuatu rayuan itu untuk, apa-apa wang atau harta lain daripada sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir genap masanya diperoleh di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kewajipan lain di sisi undang-undang.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3) Naib Canselor boleh, dalam mana-mana hal tertentu, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(4) (Dipotong oleh Akta A1342).

(5) Peruntukan seksyen ini tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pungutan rumah ke rumah dan di jalan, pungutan awam, atau pungutan wang atau jualan lencana.