Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/19

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
19
Universiti dan Kolej Universiti


(a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; atau
(c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.

(3) Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—

(a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepintingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—

(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b) menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang