Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/18

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
18
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia



cara persetujuan, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, yang pada masa itu berkuat kuasa di Negeri tempat harta itu terletak, dan apa-apa akuan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu yang menyatakan bahawa tanah itu dikehendaki sedemikian itu boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar dari wang Universiti, dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu dikehendaki bagi suatu maksud awam dan dibuat mengikut undang-undang bertulis itu.

(2) Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Universiti.

(3) Semua harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah terletak hak pada Universiti dan suatu catatan yang bermaksud demikian itu hendaklah dibuat dalam daftar yang berkenaan oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan.


Pengecualian daripada duti harta pusaka


14. Tiada duti harta pusaka kena dibayar bagi apa-apa jumlah pemberian wasiat kepada sesuatu Universiti, dan nilai harta yang berpindah apabila mati seseorang hendaklah disifatkan sebagai tidak termasuk jumlah pemberian wasiat itu bagi maksud menetapkan kadar duti harta pusaka.


Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar


15. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.

(2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh—