Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/17

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
17
Universiti dan Kolej Universiti



Penubuhan Kampus Universiti


12. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta (kemudian daripada ini disebut “Perintah Kampus”)—

(a) menubuhkan suatu Kampus Universiti di dalam atau di luar Malaysia;
(b) memberikan nama atau gelaran yang sesuai bagi Kampus itu;
(c) menentukan tapak atau tempat Kampus itu, yang menjadi tapak atau tempat yang hendaklah menjadi tambahan kepada Kampus tempat Universiti itu didirikan; dan
(d) menetapkan apa-apa perkara lain sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan Perintah Kampus itu.

(2) Menteri boleh meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu Perintah Kampus melalui suatu perintah yang kemudian yang disiarkan dalam Warta.

(3) Jika mana-mana kawasan dikehendaki untuk digunakan oleh Universiti secara sementara bagi apa-apa maksud, Naib Canselor boleh, dengan keizinan Lembaga, meluluskan penggunaan kawasan itu bagi maksud itu oleh Universiti itu bagi apa-apa tempoh yang disifatkannya perlu, dan peruntukan Akta ini, Perlembagaan, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti hendaklah terpakai bagi kawasan itu sebagaimana yang Perlembagaan, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti itu terpakai bagi suatu Kampus.


Pengambilan tanah bagi maksud Universiti


13. (1) Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan atau tanah rizab atau tanah yang terletak hak pada sesuatu Negeri atau pada Persekutuan atau tidak diduduki atau digunakan oleh Persekutuan atau pihak berkuasa awam bagi maksud Persekutuan dikehendaki bagi maksud Universiti dan tidak dapat diperoleh dengan