Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/16

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
16
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia



Salinan Statut, dsb., hendaklah disimpan di pejabat Universiti


10. Setiap Universiti hendaklah menyimpan di pejabat yang disebut dalam seksyen 9 suatu salinan setiap Statut, Kaedah, Peraturan atau suratan lain semasa yang dikehendaki disiarkan di bawah Akta ini atau Perlembagaan, dan salinan itu hendaklah sentiasa boleh didapati pada setiap masa yang munasabah untuk diperiksa oleh orang awam dan jika mana-mana buku atau salinan suratan dikehendaki oleh Akta ini atau Perlembagaan supaya diadakan untuk dibeli oleh orang awam, buku atau salinan itu hendaklah sentiasa diadakan untuk dibeli di pejabat itu atau di sesuatu tempat lain di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Universiti.


Bantuan wang dan akaun


11. (1) Parlimen boleh dari semasa ke semasa memberikan bantuan wang kepada sesuatu Universiti.

(2) Semua wang yang dibayar kepada sesuatu Universiti di bawah subseksyen (1) hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Universiti itu bagi semua atau mana-mana daripada maksud Universiti itu mengikut anggaran yang diluluskan di bawah peruntukan Perlembagaan:

Dengan syarat bahawa mana-mana wang yang diperuntukkan itu dan tidak digunakan bagi maksud perbelanjaan ulang tahunan Universiti itu boleh, dengan kelulusan Menteri, digunakan bagi perbelanjaan modal.

(3) Satu salinan akaun Universiti bagi setiap satu tahun kewangan hendaklah disediakan dan dihantar untuk diaudit sebelum 30 Julai selepas sahaja tahun kewangan itu; dan akaun itu serta laporan juruaudit hendaklah dihantar kepada Menteri.

(4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan akaun Universiti itu yang telah diaudit dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen.