Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/15

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
15
Universiti dan Kolej Universiti


kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mengambil langkah yang perlu bagi mengadakan peruntukan tersebut atau membuang peruntukan yang berlawanan dalam Perlembagaan itu.

(3) Dengan tidak menyentuh subseksyen (2), Yang di-Pertuan Agong boleh, pada bila-bila masa, meminda Perlembagaan sesuatu Universiti supaya sesuai dengan peruntukan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.

(4) Peruntukan Perlembagaan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia.

(5) Apa-apa perkara yang dilakukan atau apa-apa pelantikan yang dibuat untuk dan bagi pihak Universiti sebelum tarikh Perlembagaan itu mula berkuat kuasa hendaklah, pada dan selepas tarikh itu, disifatkan sebagai telah dibuat untuk, oleh atau bagi pihak Universiti itu.


Universiti hendaklah mengadakan pejabat sebagai alamat penyampaian di Malaysia


9. (1) Setiap Universiti hendaklah mengadakan dan menyelenggara suatu pejabat yang terletak dalam Malaysia, dan pejabat itu menjadi alamat penyampaian bagi Universiti untuk segala writ, surat tuntutan, notis, surat guaman, perintah, saman, waran atau segala jenis langkah prosiding dan perhubungan bertulis yang lain.

(2) Segala writ, surat tuntutan, notis, surat guaman, perintah, saman, waran atau prosiding lain atau perhubungan bertulis lain, jika ditinggalkan di pejabat yang diadakan dan diselenggara di bawah subseksyen (1), hendaklah disifatkan dalam segala prosiding dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia sebagai telah disampaikan atau diserahkan dengan sempurnanya pada sesuatu Universiti atau manamana pegawai atau pihak berkuasa yang kepadanya ia telah dialamatkan.