Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/14

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
14
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


bagi Lembaga dan Senat hendaklah disifatkan menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan dengan kuasa penuh, menurut dan atas namanya itu—

(a) untuk membawa guaman dan dibawa guaman dalam semua mahkamah;
(b) untuk memiliki dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan mengubah meterai itu mengikut kehendaknya;
(c) untuk membeli apa-apa harta alih atau harta tak alih dan mengambil, menerima dan memegang apa-apa harta yang terletak hak padanya oleh sebab sesuatu pembelian itu atau menurut apa-apa pemberian atau derma, pajakan, subsidi, legasi, pemberian berwasiat atau selainnya;
(d) untuk menjual, memajakkan, menukar atau pun selainnya melupuskan mana-mana harta itu dengan apa-apa cara yang tidak berlawanan dengan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan; dan
(e) untuk menjalankan, menyempurnakan dan melaksanakan semua kuasa, kewajipan dan fungsi yang diberikan atau ditanggungkan ke atas Universiti itu oleh Akta ini atau

Perlembagaan.

(2) Kuasa yang diberikan kepada sesuatu Universiti oleh subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh Lembaga melainkan jika selainnya diperuntukkan oleh Akta ini atau Perlembagaan.


Perlembagaan Universiti


8. (1) Perlembagaan sesuatu Universiti hendaklah mengandungi peruntukan bagi semua perkara yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.

(2) Jika pada bila-bila masa Perlembagaan sesuatu Universiti tidak mengandungi peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama