Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/13

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
13
Universiti dan Kolej Universiti


nama atau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat demi kepentingan negara institusi pelajaran tinggi sedemikian ditubuhkan.


Memperbadankan dan menubuhkan suatu Universiti

6. (1) Jika, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suai manfaat demi kepentingan negara supaya suatu Universiti ditubuhkan dia boleh dengan perintah—

(a) mengisytiharkan ditubuhkan suatu institusi pelajaran tinggi yang mempunyai taraf Universiti yang menjadi suatu pertubuhan perbadanan bagi maksud mengadakan, memajukan dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam semua cawangan pelajaran mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b) memberikan nama dan gelaran kepada Universiti itu; dan
(c) menetapkan letaknya tapak tempat Universiti itu akan didirikan.

(1A) Yang di-Pertuan Agong boleh meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melalui suatu perintah yang kemudian yang disiarkan dalam Warta.

(2) Sesuatu Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) (kemudian daripada ini disebut “Perintah Perbadanan”) atau (1A) hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat kedua-dua Majlis Parlimen yang akan datang.


Kesan Perintah Perbadanan dan kuasa am institusi pelajaran tinggi yang merupakan suatu Universiti


7. (1) Apabila Perintah Perbadanan yang dibuat di bawah seksyen 6 mula berkuat kuasa, suatu institusi pelajaran tinggi yang mempunyai taraf Universiti, dengan nama dan gelaran yang diberikan kepadanya oleh Perintah itu, hendaklah disifatkan sebagai telah ditubuhkan, dan dengan namanya itu Canselor, Naib Canselor dan ahli pada masa itu