Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/12

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
12
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(2) Apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Ketua Pengarah atas nama dan bagi pihak Menteri.

(3) Ketua Pengarah yang kepadanya apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan diwakilkan di bawah subseksyen (1) adalah terikat untuk menuruti dan mematuhi semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Menteri.

(4) Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Menteri daripada menunaikan apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.

(5) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini.

BAHAGIAN III

UNIVERSITI


Larangan tentang penubuhan Universiti


5. Tertakluk kepada seksyen 5A, tiada institusi pelajaran tinggi bertaraf Universiti boleh ditubuhkan kecuali mengikut peruntukan Akta ini atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555].


Ketidakpakaian Akta bagi Universiti yang ditubuhkan demi kepentingan negara, dsb.


5A. (1) Peruntukan Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti yang dibenarkan ditubuhkan di bawah suatu perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (2) dan mana-mana institusi pelajaran tinggi swasta yang diberi taraf Universiti atau Kolej Universiti di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membenarkan penubuhan mana-mana institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua