Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/11

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
11
Universiti dan Kolej Universiti


tersebut untuk melaksanakan arahan itu sama ada atau tidak Universiti itu bersetuju dengan peminjaman atau perpindahan itu.

(2) Apa-apa tuntutan bagi pampasan yang berbangkit daripada peminjaman atau perpindahan seseorang pekerja Universiti menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon sama ada dibayar mengikut apa-apa perkiraan yang dipersetujui dengan Universiti pekerja tersebut atau selainnya.

BAHAGIAN IIA

PENTADBIRAN


Pelantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi


4C. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah.

(2) Ketua Pengarah hendaklah menasihati Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

(3) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri.

(4) Semasa ketiadaan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah boleh menjalankan fungsi dan kuasanya.


Pewakilan fungsi, kuasa dan kewajipan Menteri


4D. (1) Kecuali kuasa di bawah seksyen 4, 4A, 4B, 4C dan 12, Menteri boleh mewakilkan secara bertulis apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipannya kepada Ketua Pengarah.