Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/10

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
10
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


pentadbiran Akta ini yang hendaklah selaras dengan dasar, strategi dan garis panduan kebangsaan mengenai pendidikan tinggi yang dibentuk atau yang ditentukan oleh suatu pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud itu.


Kuasa Menteri untuk melantik orang atau badan untuk menyiasat


4. Bagi maksud membolehkan Menteri menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan terhadap pelajaran tinggi dan pentadbiran Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik mana-mana orang atau badan bagi menyiasat apa-apa kegiatan atau pentadbiran mana-mana institusi pelajaran tinggi dan melaporkan kepadanya keputusan penyiasatan itu serta syor yang berhubungan dengannya.


Jawatankuasa untuk menasihati Menteri mengenai pelantikan


4A. Bagi maksud memilih orang yang layak dan sesuai bagi jawatan Naib Canselor atau bagi mana-mana jawatan lain yang Menteri mempunyai kuasa untuk melantik di bawah Akta ini, Menteri hendaklah, dari semasa ke semasa, melantik suatu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai pelantikan itu.


Peminjaman atau perpindahan perkhidmatan pekerja Universiti oleh Menteri


4B. (1) Jika atas permohonan suatu Universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon, Menteri berpuas hati bahawa demi kepentingan pelajaran tinggi atau bagi menggalakkan penyelidikan dan pembangunan pelajaran, adalah suai manfaat untuk meminjamkan atau memindahkan seseorang pekerja Universiti kepada perkhidmatan Universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon di dalam Malaysia, Menteri boleh, dengan persetujuan pekerja itu, mengeluarkan arahan bagi peminjaman atau perpindahan pekerja Universiti itu kepada perkhidmatan Universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon itu, dan adalah menjadi kewajipan Universiti pekerja