Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/21

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
21
Universiti dan Kolej Universiti



Tanggungan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar


15B. Jika suatu kesalahan boleh daftar telah dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak manamana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tiap-tiap orang yang disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu hendaklah diuruskan mengikut seksyen 16.


15C. (Dipotong oleh Akta A1342).


Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan boleh daftar dan perkara yang berhubungan dengan penahanan, dsb.


15D. (1) Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar—

(a) dia boleh, mengikut budi bicara Naib Canselor, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan
(b) jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai, berada dalam atau memasuki Kampus.

(2) Jika seseorang pelajar Universiti yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar di bawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan itu, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3) Jika seseorang pelajar Universiti ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(4) Seseorang pelajar Universiti yang ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di