Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/88

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
88
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia
sebagai pelanggaran atau hal perkara aktiviti pelanggaran.

(2) Dalam menentukan sama ada sesuatu faedah kewangan boleh dikaitkan secara langsung dengan pelanggaran hak cipta dalam karya, mahkamah hendaklah mengambil kira—

(a) amalan perindustrian berhubungan dengan pengenaan bayaran bagi perkhidmatan oleh pemberi perkhidmatan;
(b) sama ada faedah kewangan itu adalah lebih besar daripada faedah yang biasanya terhasil daripada pengenaan bayaran menurut amalan perindustrian yang sudah diterima; dan
(c) apa-apa perkara lain yang difikirkan relevan oleh mahkamah.

(3) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan di bawah seksyen ini jika pemunya hak cipta atau ejennya tidak memberikan apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen 43H.


Pengecualian pemberi perkhidmatan daripada tanggungan bagi penyingkiran salinan atau aktiviti lain daripada rangkaian


43F. (1) Pemberi perkhidmatan yang bertindak dengan mematuhi subseksyen 43H(1) dan menurut Bahagian ini tidaklah tertakluk kepada apa-apa tanggungan berkenaan dengan sesuatu tindakan yang diambil dengan suci hati berhubungan dengan—

(a) penyingkiran salinan elektronik karya daripada rangkaian utamanya; atau
(b) pelumpuhan capaian kepada salinan elektronik karya di rangkaian utamanya atau rangkaian lain.

(2) Apabila salinan elektronik karya telah disingkirkan atau dilumpuhkan capaiannya di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan hendaklah memberitahu, setakat yang boleh dilaksanakan, orang yang telah menyediakan salinan elektronik itu mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan dan melampirkan dengannya suatu salinan pemberitahuan yang diterimanya menurut subseksyen 43H(1).