Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/89

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
89
Hak Cipta


(3) Walau apa pun apa-apa yang bertentangan, jika—

(a) akibat daripada penyelesaian antara pemunya hak cipta karya dengan orang yang menyediakan salinan elektronik karya itu, pemberi perkhidmatan menerima pemberitahuan bertulis daripada mana-mana pihak untuk mengembalikan salinan elektronik itu di rangkaian atau mengembalikan capaian kepada salinan itu; atau
(b) orang yang menyediakan salinan elektronik karya itu telah dihakimi oleh mana-mana mahkamah atau tribunal sebagai pemunya hak cipta karya itu yang sah,


pemberi perkhidmatan hendaklah, setakat yang boleh dilaksanakan—

(A) mengembalikan salinan elektronik karya itu di rangkaian utamanya; atau
(B) mengembalikan capaian kepada salinan elektronik karya itu di rangkaian utamanya atau rangkaian lain:
Dengan syarat bahawa pemberi perkhidmatan itu dilengkapi dengan dokumentasi yang sepatutnya berhubungan dengan penyelesaian antara pihak-pihak atau penghakiman atau keputusan mahkamah atau tribunal itu.

(4) Pemberi perkhidmatan tidak boleh dikira sebagai telah membenarkan pelakuan apa-apa perbuatan yang melanggar hak cipta di bawah Akta ini semata-mata oleh sebab pemberi perkhidmatan memberikan kemudahan yang telah digunakan oleh seseorang untuk melakukan perbuatan langgaran itu.


Maklumat mengenai pemberi perkhidmatan


43G. (1) Dalam memberikan perkhidmatannya kepada pengguna, pemberi perkhidmatan hendaklah menjadikan tersedia maklumat yang berikut dengan cara yang boleh dicapai oleh mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan itu:

(a) nama dan alamat pemberi perkhidmatan; dan