Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/61

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
61
Hak Cipta

(6) Jika, dalam perjalanan mana-mana prosiding, mana-mana anggota Tribunal tidak dapat meneruskan prosiding kerana sakit atau apa-apa sebab lain, maka prosiding itu hendaklah diteruskan di hadapan anggota Tribunal yang tinggal, asalkan tidak kurang daripada dua orang, dan Tribunal hendaklah, bagi maksud prosiding itu, disifatkan sebagai dianggotai dengan sempurna.

(7) Dalam mana-mana hal yang disebut dalam subseksyen (6) jika anggota yang tidak dapat meneruskan prosiding ialah pengerusi prosiding itu, maka Menteri hendaklah—

(a) melantik daripada kalangan anggota yang tinggal seorang pengerusi baru bagi maksud prosiding yang diteruskan itu; dan
(b) jika sesuai, melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk menghadiri prosiding bagi menasihati anggota prosiding itu tentang apa-apa isu yang mungkin berbangkit semasa prosiding itu.


Rujukan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi


30A. (1) Tribunal boleh atas usulnya sendiri, atau hendaklah atas permintaan sesuatu pihak, merujukkan persoalan undang-undang yang berbangkit dalam prosiding yang diselesaikan di hadapannya untuk ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

(2) Suatu permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang padanya keputusan itu dibuat.

(3) Jika persoalan telah dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah mengemukakan rekod prosidingnya kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi yang hendaklah sesudah itu menetapkan dan memberitahu pihak kepada prosiding itu mengenai masa dan tempat bagi pendengarannya.

(4) Pada pendengaran rujukan itu dalam Mahkamah Tinggi, tiaptiap pihak kepada prosiding di hadapan Tribunal berhak hadir dan didengar.