Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/62

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
62
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia

(5) Mahkamah Tinggi hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini seolaholah rujukan itu ialah suatu rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Tribunal, dan dengan itu boleh mengesahkan, mengubah, menggantikan atau membatalkan keputusan itu, atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya adil atau perlu.

(6) Suatu keputusan Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (5) hendaklah muktamad dan konklusif, dan tiada keputusan sedemikian boleh dicabar, dirayu terhadapnya, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah lain atau di hadapan apa-apa jua mana-mana pihak berkuasa lain, kehakiman atau sebaliknya.

(7) Bagi maksud seksyen ini, persoalan undang-undang tidaklah termasuk persoalan sama ada terdapat keterangan yang mencukupi untuk menjustifikasikan dapatan fakta oleh Tribunal.


Lesen untuk mengeluar dan menerbitkan terjemahan


31. (1) Mana-mana orang boleh memohon kepada Tribunal mendapatkan suatu lesen untuk mengeluar dan menerbitkan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain di Malaysia sesuatu terjemahan karya sastera yang ditulis dalam apa-apa bahasa lain.

(2) Tribunal boleh setelah mengadakan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, tertakluk kepada seksyen ini, memberi kepada pemohon suatu lesen (yang bukannya lesen eksklusif) untuk mengeluar dan menerbit terjemahan sesuatu karya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain, dengan syarat bahawa pemohon hendaklah membayar kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu berkenaan dengan salinan yang dijual kepada awam, royalti pada kadar yang akan ditentukan oleh Tribunal mengikut cara yang ditetapkan.

(3) Suatu lesen hanya akan diberi atas permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan sesuatu karya jika—

(a) terjemahan karya itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain belum pernah diterbitkan oleh pemunya hak cipta itu (atau oleh mana-mana orang yang dibenarkan olehnya) dalam masa satu tahun selepas terbitan pertama