Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/57

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
57
Hak Cipta


(4) Jika Tribunal mendapati permohonan itu berasas, ia hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa pemegang lesen itu hendaklah terus berhak mendapat faedah lesen itu atas apa-apa terma yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(5) Suatu perintah di bawah subseksyen (4) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.

Permohonan bagi kajian semula perintah tentang lesen


27K. (1) Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27I atau 27J, badan pelesenan atau orang yang berhak mendapat faedah perintah itu boleh memohon kepada Tribunal untuk mengkaji semula perintahnya.

(2) Suatu permohonan tidak boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran khas Tribunal,—

(a) dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini; atau
(b) jika perintah itu dibuat supaya berkuat kuasa bagi lima belas bulan atau kurang, atau hasil daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini yang akan habis tempoh dalam tempoh lima belas bulan daripada keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum habis tempoh perintah itu.

(3) Tribunal hendaklah atas suatu permohonan bagi kajian semulamengesahkan atau mengubah perintahnya sebagaimana yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.


Kesan perintah Tribunal tentang lesen


27L. (1) Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27I atau 27J dan perintah itu tetap berkuat kuasa, orang yang berhak mendapat faedah perintah itu hendaklah, jika dia—