Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/56

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
56
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia
(iv) supaya karya itu ditunjukkan, ditayangkan atau dimainkan secara awam,

dan dalam seksyen itu, "lesen" ertinya suatu lesen daripada mana-mana perihalan itu.

Rujukan kepada Tribunal tentang terma lesen yang dicadangkan

27I. (1) Terma yang atasnya badan pelesenan bercadang untuk memberi lesen boleh dirujukkan kepada Tribunal oleh bakal pemegang lesen.

(2) Tribunal hendaklah pertamanya memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu, dan boleh menolaknya atas alasan bahawa rujukan itu adalah terlalu awal.

(3) Jika Tribunal memutuskan untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah menimbangkan terma lesen yang dicadangkan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah terma itu, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(4) Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.


Rujukan kepada Tribunal tentang lesen yang akan habis tempoh


27J. (1) Seseorang pemegang lesen di bawah suatu lesen yang akan habis tempoh, melalui peluputan masa atau hasil notis yang diberikan oleh badan pelesenan, boleh memohon kepada Tribunal atas alasan bahawa adalah tidak munasabah dalam hal keadaan itu bahawa lesen itu patut terhenti berkuat kuasa.

(2) Suatu permohonan sedemikian tidak boleh dibuat sehingga tiga bulan terakhir sebelum lesen itu akan habis tempoh.

(3) Suatu lesen yang berkenaan dengannya rujukan telah dibuat kepada Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah tetap berkuat kuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.