Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/45

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
45
Hak Cipta


(4) Mana-mana orang boleh memeriksa Daftar Hak Cipta pada bila-bila masa dan atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh Menteri, dan boleh mendapatkan petikan yang diperakui sah daripada Daftar apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(5) Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh memperakui sah petikan benar daripada Daftar Hak Cipta yang hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai butiran yang dicatatkan dalamnya dan petikan daripada Daftar Hak Cipta yang diperakui sah itu hendaklah boleh diterima di semua mahkamah.


Pindaan kepada Daftar Hak Cipta


26C. (1) Pengawal boleh membetulkan apa-apa kesilapan perkeranian dalam mana-mana catatan yang dibuat dalam Daftar Hak Cipta.

(2) Mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi—

(a) membetulkan apa-apa kesilapan dalam catatan dalam Daftar; atau
(b) memadamkan atau meminda apa-apa catatan yang dibuat secara salah dalam atau yang masih ada dalam Daftar,


dan apa-apa pembetulan, pemadaman atau pindaan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

(3) Bagi maksud seksyen ini, "mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di Malaysia.


Penyerahhakan, lesen dan pemberian berwasiat


27. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, hak cipta boleh dipindah milik sebagai harta alih melalui penyerahhakan, pemberian berwasiat atau dengan kuat kuasa undang-undang.

(2) Sesuatu penyerahhakan atau pemberian berwasiat hak cipta boleh dihadkan supaya ia terpakai bagi setengah-setengah perbuatan sahaja yang pemunya hak cipta itu ada hak eksklusif mengawalnya,