Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/9

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
9
Universiti dan Kolej Universiti


yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti itu dan “Timbalan Naib Canselor” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;

“Pelajaran tinggi” termasuklah pelajaran Universiti dan Kolej Universiti;

“pelajaran Universiti atau Kolej Universiti” ertinya pelajaran yang diadakan oleh Universiti atau Kolej Universiti pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran dan termasuklah penyelidikan dan pembangunan pelajaran dan pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan itu;

“Perlembagaan”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Perlembagaan Universiti itu yang secara substansialnya adalah dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“Senat”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Senat bagi Universiti itu;

“Universiti” atau “Kolej Universiti” masing-masing ertinya suatu institusi pelajaran tinggi bertaraf Universiti atau Kolej Universiti.


BAHAGIAN II

PELAJARAN TINGGI


Tanggungjawab Menteri


3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri bertanggungjawab bagi pengarahan am pelajaran tinggi dan