Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/73

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
73
Univeristi dan Kolej Universiti


(2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Pihak Berkuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ahli pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.


Pendedahan kepentingan


8. (1) Seseorang ahli Pihak Berkuasa yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya—

(a) sesuatu kepentingan dalam syarikat atau pengusahaan yang dengannya Pihak Berkuasa itu bercadang hendak membuat sesuatu kontrak; atau
(b) sesuatu kepentingan dalam kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Pihak Berkuasa, hendaklah mendedahkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Pihak Berkuasa.

(2) Sesuatu pendedahan di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Pihak Berkuasa dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh pengerusi, ahli itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Pihak Berkuasa yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.


Kesahan perbuatan dan prosiding


9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Perlembagaan ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) ada kekosongan dalam keahlian, atau ada kecacatan dalam penubuhan, Pihak Berkuasa;
(b) ada pelanggaran perenggan 8 oleh seseorang ahli Pihak Berkuasa; atau
(c) ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit perkara itu.