Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/72

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
72
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(b) jika dia menjadi bankrap; atau
(c) jika dia didapati atau ditetapkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya.


Terhenti menjadi ahli


2. Seseorang ahli Pihak Berkuasa hendaklah terhenti menjadi ahli—

(a) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi Pihak Berkuasa itu; atau
(b) jika pelantikannya dibatalkan atau dia meletakkan jawatan; atau
(c) jika dia hilang kelayakan di bawah perenggan 1.


Peletakan jawatan


3. Seseorang ahli Pihak Berkuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada pengerusi Pihak Berkuasa.


Pengisian kekosongan


4. Jika mana-mana orang terhenti menjadi ahli Pihak Berkuasa oleh sebab peruntukan Akta ini, seorang lain boleh dilantik untuk mengisi kekosongan itu bagi tempoh selebihnya yang baginya ahli itu dilantik.


Elaun


5. Ahli Pihak Berkuasa hendaklah dibayar elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.


Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat


6. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Pihak Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidaklah berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.


Minit


7. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.