Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/59

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
59
Universiti dan Kolej Universiti



Kaedah-Kaedah


27. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan Statut, Kaedah- Kaedah boleh dibuat bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut:

(a) prinsip berkenaan dengan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian adademik lain;
(b) bilangan dan ruang lingkup peperiksaan;
(c) pelantikan, kuasa, kewajipan, saraan dan syarat perkhidmatan bagi pemeriksa dan cara menjalankan peperiksaan;
(d) penerimaan masuk pelajar dalam peperiksaan, kursus ijazah dan diploma Universiti dan ke tempat tinggal di Universiti;
(e) cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi orang yang bekerja dengan Universiti, kecuali yang berhubungan dengan tatatertib mereka;
(f) menubuhkan dan membuat peraturan mengenai skim pencen, skim persaraan dan skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerja Universiti atau mana-mana golongan daripada mereka;
(g) syarat mengenai tempat tinggal dan kebajikan pelajar;
(h) bayaran yang akan dikenakan bagi kursus pengajian, bagi tempat tinggal, bagi memasuki peperiksaan, bagi ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain dan apa-apa bayaran lain yang boleh dikenakan oleh Universiti;
(i) pengurusan dewan kuliah, perpustakaan, sumber maklumat, makmal, pusat penyelidikan, bangunan tempat tinggal, dan segala kegiatan cawangan Universiti sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang tidak diperuntukkan dengan khusus dalam Perlembagaan ini atau melalui Statut;
(j) keanggotaan, kuasa dan kewajipan mana-mana jawatankuasa atau badan lain yang tidak diperuntukkan dengan khusus dalam Perlembagaan ini atau oleh Statut;
(k) segala perkara yang boleh, menurut Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, ditetapkan melalui Kaedah-Kaedah;
(l) segala perkara dalam kuasa Universiti dan yang tidak diperuntukkan selainnya oleh Bahagian ini dalam Perlembagaan ini.