Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/58

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
58
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(c) cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan guru Universiti, kecuali yang berhubungan dengan tatatertib mereka;
(d) menetapkan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain yang akan diberikan oleh Universiti;
(e) syarat bagi kemasukan dan tempat tinggal dan kebajikan pelajar;
(f) pengurusan perpustakaan;
(fa) pengurusan Kampus Cawangan yang terletak di luar Malaysia;
(g) segala perkara lain yang boleh dikawal selia dengan Statut di bawah Perlembagaan ini; dan
(h) perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada perkara yang tersebut di atas.


Tatacara bagi membuat, meminda atau membatalkan Statut


26. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Canselor boleh membuat, membatalkan atau meminda mana-mana Statut.

(2) Cadangan untuk membuat sesuatu Statut baru, atau membatalkan atau meminda sesuatu Statut, hendaklah disediakan oleh Lembaga.

(3) Sesuatu cadangan bagi sesuatu Statut baru, atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Statut, mengenai mana-mana perkara yang berikut, iaitu:

(a) kuasa dan kewajipan Dekan sesuatu Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut;
(b) keanggotaan, kuasa, kewajipan dan tatacara Senat, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut atau Jawatankuasa Pengajian;
(c) penetapan ijazah, diploma, dan kepujian akademik lain yang hendak diberikan oleh Universiti;
(d) pengurusan perpustakaan; dan
(e) segala perkara lain dalam bidang kuasa Senat di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, tidak boleh dikemukakan kepada Canselor tanpa keizinan bertulis Senat.

(4) (Dipotong oleh Akta A946).