Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/47

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
47
Universiti dan Kolej Universiti


(4) Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.

(5) Seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga.

(6) Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.


Pegawai lain


11. Universiti boleh melantik pegawai atau pekhidmat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.


BAHAGIAN III

PIHAK BERKUASA UNIVERSITI


Pihak Berkuasa


12. (1) Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti atau dengan apa-apa jua nama ia disebut, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pekerja, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, keanggotaan, kuasa dan tatacara bagi Pihak Berkuasa itu hendaklah ditetapkan oleh Statut.

(3) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi ahli Pihak Berkuasa.


Lembaga Pengarah


13. (1) Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada—

(a) Pengerusi;
(b) Naib Canselor;
(c) dua orang pegawai daripada perkhidmatan awam;
(d) seorang yang mewakili masyarakat di tempat terletaknya Universiti itu;