Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/39

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
39
Universiti dan Kolej Universiti


(kb) memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;
(kc) menjalankan penyelidikan yang bersifat komersil bagi pemajuan dan penggunaan efektif hasil penyelidikannya;
(l) membuat kontrak, melantik pekerja dan menubuhkan amanah sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud Universiti;
(m) untuk melantik dan menaikkan pangkat pekerja Universiti dan menimbangkan rayuan daripada mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan kuasa melantik dan menaikkan pangkat itu;
(n) untuk mengawal selia syarat perkhidmatan pekerja Universiti, termasuk skim perkhidmatan, tangga gaji, peminjaman, pertukaran, cuti dan tatatertib;
(o) menubuhkan skim pencen atau skim persaraan atau skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerjanya, dan membuat perkiraan dengan pertubuhan atau orang lain bagi menubuhkan skim itu;
(p) membuat peraturan-peraturan dan peruntukan mengenai tempat tinggal bagi pegawai, guru, pekerja dan pelajar Universiti dan mengenai kebajikan dan tatatertib guru, pekerja dan pelajar;
(q) menuntut dan menerima apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah dari semasa ke semasa; dan
(r) untuk melakukan segala perbuatan dan perkara lain, sama ada bersangkutan atau tidak dengan kuasa yang tersebut di atas itu, sebagaimana yang diperlukan untuk memajukan pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti.

(2) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dengan tujuan hendak mengekalkan dan memajukan perhubungan luar negeri Persekutuan, adalah perlu supaya suatu ijazah kehormat dikurniakan kepada seseorang pembesar luar negeri, atas arahan Yang di-Pertuan Agong, Universiti hendaklah mengurniakan ijazah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

(3) Bagi mengelakkan keraguan, kuasa di bawah subseksyen (1) boleh dijalankan oleh Lembaga, kecuali kuasa di bawah perenggan (1)(a), (b), (c), (d), (f), (j) dan (kc) yang hendaklah dijalankan oleh Senat.


Kuasa tambahan Universiti


4A. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan—