Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/38

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
38
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah;
(c) mengiktiraf ijazah dan diploma institusi pengajian tinggi yang lain bagi maksud memasuki kursus pengajian dan peperiksaan Universiti dan juga mengurniakan ijazah yang lebih tinggi kepada pemegang ijazah atau diploma itu atau kepada siswazah Universiti mengikut syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah;
(d) memberikan ijazah kepada guru Universiti yang telah memenuhi apaapa kehendak sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah;
(e) memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah memberikan sumbangan terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah berbuat jasa cemerlang kepada awam;
(f) memberikan sijil kepada orang yang telah mencapai kecekapan dalam mana-mana cawangan pengetahuan;
(g) mengadakan kerusi, jawatan pensyarah, dan jawatan lain dan jabatan, dan membuat pelantikan bagi yang tersebut;
(h) menubuhkan suatu percetakan Universiti dan menerbitkan buku dan bahan lain;
(i) mendirikan, melengkapkan dan menyelenggarakan perpustakaan, makmal, muzium, dewan kuliah, bangunan tempat tinggal dan segala bangunan lain yang dikehendaki bagi maksud Universiti, sama ada di Persekutuan atau di tempat lain;
(j) mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah dan gelaran, kepujian, kurniaan lain dan jenis bantuan lain ke arah kemajuan dan penyebaran pengetahuan;
(k) melaburkan apa-apa wang yang terletak hak padanya sebagai derma kekal dalam harta tanah atau cagaran (sama ada dibenarkan sebagai pelaburan pemegang amanah atau tidak), sama ada wang itu terletak hak bagi maksud am atau maksud khas, atau apa-apa wang lain yang tidak dikehendaki segera bagi perbelanjaan semasa, dengan mempunyai kuasa untuk mengubah mana-mana pelaburan itu serta mendepositkan dari semasa ke semasa apa-apa wang yang pada masa itu tidak dilaburkan dalam mana-mana bank yang ditubuhkan di Malaysia sama ada dalam akaun deposit tetap atau akaun semasa;
(ka) memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada pegawai dan pekerjanya;